'Mazlan Bujang sudah lama hilang dari radar Bersatu'
Iklan
Mazlan (tengah) pada sidang akhbar di Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini pada Khamis umum keluar Bersatu serta merta. (Gambar kecil: Badrul Hisham Shahrin)
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor tidak akan terkesan biarpun Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang, mengumumkan beliau keluar parti hari ini.
Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, tidak pelik dengan tindakan Mazlan berkenaan kerana bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu sudah lama tidak terbabit dengan aktiviti Bersatu.