Kecemasan kesihatan global berakhir tahun ini - WHO
Iklan
Ancaman Omicron didakwa lebih rendah berbanding virus bermutasi sebelum ini walaupun mencetuskan lonjakan kes jangkitan yang luar biasa.
GENEVA - Pandemik Covid-19 yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global boleh berakhir pada tahun ini.
Jaminan itu diberikan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada lembaga pengarah agensi kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun wabak berkenaan meragut satu nyawa dalam tempoh 12 saat pada minggu lalu.