UMNO perlu buang imej rasuah
Iklan
Pengajaran paling penting kepada UMNO adalah ia mesti sedar bahawa orang Melayu memberinya peluang sekali lagi.
DALAM ucapan dan rencana saya sejak 2012 iaitu dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan betul tetapi masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya.
Untuk pulih semula, UMNO perlu membersihkan dirinya daripada pemimpin yang terlibat atau terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka hendaklah berundur atau disingkir.