Banjir angkara alam atau manusia?
Iklan
Taburan hujan yang semakin tinggi akibat perubahan iklim menyebabkan kawasan rendah berisiko dilanda banjir.
Bencana itu bukan sahaja berpunca daripada kerosakan alam sekitar malah ia juga berlaku disebabkan oleh sikap suka membuang sampah merata-mata
KALAU kita lihat di luar tingkap sekarang, hujan lebat masih berlaku di kebanyakan tempat dan sama ada kita sedar atau tidak, ia bukan lagi cuaca yang menggembirakan atau ditunggu-tunggu oleh masyarakat.
Kalau dulu-dulu, setiap kali hujan mesti Mat Taici akan masak mi segera sambil merenung ke luar tingkap menikmati suasana sejuk sambil melayan perasaan dengan mendengar lagu cinta.