Kelesuan politik tak jamin kemenangan BN
Iklan
Di sebalik keyakinan BN Johor bahawa parti itu memiliki strategi untuk menawan hati pengundi muda, terdapat juga kebimbangan undi segmen ini bakal menghakis peluang kemenangan BN pada PRN Johor.
Tambahan 700,000 pengundi muda mungkin boleh mengubah landskap politik Johor
SHAH ALAM - Tiada jaminan sekiranya berlaku senario kelesuan politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi kelebihan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenanginya.
Exco Pemuda UMNO Pusat, Bastien Onn berkata, kehadiran 700,000 pengundi baharu sememangnya mengubah landskap politik negeri Johor apabila sehingga kini tiada satu kajian dan indikator boleh digunakan untuk menentukan sokongan mereka bakal memihak kepada parti mana.