Pencalonan belum mula tapi dah dengar macam-macam cerita
Iklan
PRN Johor dengan ini bakal menyaksikan situasi yang hampir sama dengan Melaka iaitu BN bergerak solo tanpa rakan-rakan sekutu yang lain di peringkat persekutuan. - Gambar hiasan
BARISAN Nasional (BN) Negeri Johor telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tidak berhasrat untuk mengadakan pakatan dengan mana-mana parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ini bermakna, kerusi-kerusi hanya akan dibahagikan antara UMNO-MIC-MCA sahaja.