Rancang perbelanjaan pascabanjir
Iklan
Bagi mendepani kehidupan pascabanjir, sudah semestinya sumber kewangan perlu dirancang bagi memenuhi tuntutan dharuriyat dan hajiyat. - Gambar hiasan
BERAKHIR tahun 2021 kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah kawasan sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan kehilangan nyawa. Sudah semestinya satu perkara yang menjadi kegusaran adalah kehidupan pascabanjir.
Kerosakan harta benda memerlukan penggantian dengan yang baharu atau perlu diperbaiki sekiranya masih dalam berkeadaan baik. Sekiranya sumber kewangan terhad, mangsa banjir perlu mencongak apa yang perlu didahulukan dan ditangguhkan. Ini semua memerlukan perancangan kewangan yang baik.