Mencari ngauman Harimau Malaya
Iklan
Dapatan 1st National Tiger Survey 2016-2018 mendapati bilangan Harimau Malaya kurang daripada 200 ekor. - Foto 123RF
WALAUPUN hanya sebuah negara kecil, Malaysia boleh berbangga dengan kekayaan flora dan fauna yang unik serta tersendiri. Salah satu keunikan sumber alam negara adalah kewujudan Harimau Malaya atau nama saintifiknya, Panthera tigris jacksoni.
Harimau Malaya merupakan subspesies harimau belang yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Di seluruh dunia, terdapat sembilan subspesies harimau belang. Selain Harimau Malaya, ada Harimau Bali, Harimau Jawa dan Harimau Sumatera di Indonesia.