BN menang besar jika peratusan mengundi rendah
Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenankan permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad sewaktu hadir menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Sabtu.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti dua pertiga sekiranya peratusan rakyat negeri itu keluar mengundi rendah dan di bawah 60 peratus.
Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pandangan itu merupakan salah satu daripada dua senario yang mungkin berlaku pada PRN Johor memandangkan akar umbi UMNO dan BN terlalu besar selain kawasan luar bandar serta Felda merupakan kubu kuat parti berkenaan.