Percaturan politik Rusia di Kazakhstan
Iklan
Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan menentang kenaikan harga tenaga di Almaty, Kazakhstan pada 5 Januari lepas. - Foto Abduaziz Madyarov/AFP
KAZAKHSTAN, negara terbesar di Asia Tengah telah dilanda pergolakan politik paling serius dalam sejarah modennya. Saiznya hampir sebesar Eropah Barat, namun jumlah penduduknya agak kecil iaitu 19 juta orang bagi sebuah negara yang begitu besar.
Kedudukannya juga sangat strategik kerana bersempadan dengan Rusia dan China. Kazakhstan mempunyai rizab minyak terbesar di dunia. Ia mengeluarkan kira-kira 1.6 juta tong sehari dan telah menarik berbilion dolar dalam pelaburan asing.