Menyemai nilai-nilai moral
Iklan
Walaupun salah satu Rukun Negara adalah kesopanan dan kesusilaan, namun permasalahan moral sering diketepikan dalam konteks Rukun Negara.
ISU moral sering diperkatakan apabila seseorang itu bercakap tentang undang-undang. Budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah.
Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus dalam aktiviti jenayah dan kemungkaran. Semua undang-undang digubal bagi menegakkan, antara lain sistem moral yang jitu.