BN kena ambil pengajaran lambat buat PRU14
Iklan
Di saat sokongan terhadap BN berada di puncak, tidak hairanlah parti itu sudah bersedia menuju PRN Johor.
Sanggupkah kelompok pemimpin pro Ismail Sabri ini mengambil risiko mengulangi sejarah kekalahan UMNO dan BN pada PRU14?
SEJAK dua minggu lalu, Mat Taici tertarik dengan tuntutan satu kelompok UMNO yang tidak henti-henti mendesak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Walaupun banyak pihak mempertikaikannya atas alasan Covid-19 dan sebagainya, namun bagi Mat Taici, ia relevan kalau mengambil kira strategi politik parti berkenaan.