Daesh mengganas di timur Afghanistan?
Iklan
Pemeriksaan ketat dilakukan Taliban di Jalalabad bagi mengawal ketenteraman awam. - Foto AFP
KETAKUTAN berlaku terutamanya dalam kalangan penduduk di Jalalabad iaitu sebuah bandar di timur Afghanistan berikutan serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan Daesh dan kebimbangan itu juga muncul ekoran kemunculan misteri mayat-mayat di sungai-sungai.
Apabila tiba pada waktu petang, penduduk di bandar perdagangan yang terletak di wilayah Nangarhar akan bergegas pulang ke rumah masing-masing sebelum malam menjelma.