Kejayaan China inspirasi Zamani
Iklan
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor dikatakan membentuk think tank melibatkan sekumpulan saintis dan jurutera untuk mengkaji serta mencari solusi mengatasi lautan perangkap di Taman Sri Muda. Gambar hiasan
KETEPATAN masa, kecekapan dan kemampuan mematuhi deadline ialah antara intipati kejayaan dalam bidang kejuruteraan. Dalam hal ini, jurutera China diakui terbaik dalam mematuhi tiga aspek tersebut.
Terbaru, portal atas talian The South China Morning Post (SCMP) pada 16 Januari lalu, menyiarkan berita kejayaan saintis China membina kemudahan penyelidikan ‘bulan tiruan’ yang dilapor akan membolehkan mereka mensimulasikan persekitaran graviti rendah. Kemudahan tersebut yang ditetapkan dilancarkan secara rasmi tahun ini, akan menggunakan medan magnet kuat dalam ruang vakum lebar 60 sentimeter bagi ‘menghilangkan’ tarikan graviti bumi.