‘Mana duit bantuan kami’
Iklan
Kelihatan air banjir menenggelamkan sepenuhnya tingkat bawah rumah Ratna. Harani dan isteri juga merupakan antara mangsa banjir buruk di Taman Sri Muda pada 18 Disember tahun lalu. Gambar kecil: Wan Zakari
SHAH ALAM - Selepas sebulan tragedi banjir yang menenggelamkan puluhan kawasan di Lembah Klang, kebanyakan penduduk mengakui masih bergelut untuk kembali bangkit dan lebih parah masih ada yang menunggu bantuan kewangan dijanjikan.
Sinar Harian yang dalam usaha menyiapkan laporan khas ‘Apa Khabar Sri Muda Selepas Sebulan’ menemui banyak kisah sedih terutamanya mangsa banjir berdepan masalah kewangan teruk.