Ambil mudah SOP punca virus merebak
Iklan
Kawasan yang selalu menjadi tumpuan jangkitan adalah di kantin, tempat lepak, tandas dan bilik tidur. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Tindakan pelajar yang mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama di sekolah berasrama menyebabkan mudahnya berlaku jangkitan Covid-19.
Pakar epidemiologi dan kesihatan awam daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sanjay Rampal berkata, ini kerana mereka mungkin berada di dalam kawasan yang sesak.