Sokongan satu majoriti ADUN Bebas cetus ketidakstabilan
Iklan
Noor Azleen ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar edisi ke-317 yang bertajuk ‘PRN Lagi: Pilihan Rakyat Atau Percaturan Politik’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Ketidakstabilan sokongan terhadap kerajaan negeri Johor yang ketika ini hanya memiliki satu majoriti merupakan antara sebab utama Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan dalam waktu terdekat.
Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambrose berkata, ia juga menyebabkan ketidakselesaan kepada kerajaan negeri kerana majoriti satu sokongan itu adalah datang daripada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berstatus bebas.