Jangan malu hantar penagih ke pusat pemulihan
Iklan
Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
SHAH ALAM - Ahli keluarga perlu bertanggungjawab untuk menghantar penagih dadah ke pusat pemulihan sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Pakar Kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd. Rahim menegaskan, ahli keluarga tidak perlu rasa malu dikecam masyarakat kerana perbuatan ‘menyorokkan’ penagih mengundang bahaya kepada orang terdekat.