Apa khabar Tonga?
Iklan
Imej daripada Planet SkySat menunjukkan asap tebal dimuntahkan Hunga Tonga-Hunga Ha'apai beberapa hari sebelum ia meletus.
Hubungan komunikasi masih terputus sejak Sabtu lalu
WELLINGTON - Tonga yang terkesan akibat letusan gunung berapi dasar laut masih terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar pada Isnin hingga menyebabkan keadaan sebenar di negara kecil Kepulauan Pasifik itu masih mencetuskan tanda tanya komuniti antarabangsa.
Impak letusan gunung berapi Hunga Tonga - Hunga Ha'apai telah mencetuskan gelombang tsunami setinggi 1.2 meter dan arahan berpindah turut dikeluarkan ke atas penduduk di pesisir pantai.