Semua ingin tahu apakah akan ada pilihan raya lagi
Iklan
Desas-desus PRN Johor akan diadakan semakin hangat diperkatakan selepas kerajaan negeri hanya mempunyai majoriti tipis satu kerusi di Dewan Undangan Negeri.
PADA satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah persatuan penduduk, penulis telah ditanya dengan soalan yang bertubi-tubi apakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan selepas itu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini.
"Bergantung kepada siapa soalan itu ditujukan,” jawab penulis.