PRN Johor 'macam' akan berlaku, cuma tidak pasti bila: ADUN BN
Iklan
ADUN BN tidak menolak kemungkinan PRN Johor akan diadakan, namun keputusan terakhir terserah kepada kebijaksanaan Sultan Johor. Gambar kecil: Sharifah Azizah
SHAH ALAM - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) Johor seolah-olah mengesahkan spekulasi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu berkemungkinan diadakan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, ADUN Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menegaskan segala keputusan terakhir adalah terletak di bawah kebijaksanaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menentukan perkara terbaik untuk rakyat.