Ada sesuatu yang menarik di Utara dan di Selatan...
Iklan
Mohamed Khaled (kiri) berkongsi melalui Facebook gambar pertemuan beliau menghadap Sultan Ibrahim di Iskandar Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Jumaat. - Foto FB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin
DALAM sehari dua ini perkembangan yang berlaku di Utara dan Selatan tanah air telah mencuri perhatian ramai termasuklah Belalang.
Di Pulau Pinang, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang parti pimpinannya telah melebarkan sayap ke Semenanjung telah mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat di Paya Terubong yang majoritinya adalah berbangsa Cina.