Khaled Nordin terus hangatkan spekulasi PRN, tegas BN bakal tanding solo
Iklan
Mohamed Khaled (berdiri) menyempurnakan ucapan perasmian Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keembong bagi kawasan DUN Johor Jaya pada Jumaat.
SHAH ALAM - Pada saat spekulasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor difahamkan bakal menjadi realiti dalam masa terdekat, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sekali lagi memberikan isyarat penting kepada seluruh rakyat Johor.
Sewaktu meninjau persiapan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keembong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Jumaat, bekas Menteri Besar Johor itu menegaskan kepada ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa pendirian parti untuk bertanding secara solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana tidak bersama mereka.