Tuan Ibrahim tunjuk bukti sudah lengkap divaksin
Iklan
Tuan Ibrahim mendapat suntikan kedua pada 14 April 2021 manakala suntikan booster pada 2 November 2021.
SHAH ALAM - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, biarpun belum lengkap menerima vaksin Covid-19.
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas menjelaskan terdapat kekeliruan beberapa pihak menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah.