Generasi buah kelapa dan strawberi
Iklan
Generasi Strawberi mempunyai banyak kelebihan, antaranya mudah mencetuskan idea baharu, mempunyai pemikiran di luar kotak dan berkebolehan menggunakan teknologi semaksimum mungkin. Gambar hiasan
BUAH strawberi memang tak murah. Walaupun tidak semahal buah yubari melon atau yubari king yang harga pasarannya boleh mencecah ribuan ringgit sebiji, namun dalam kalangan buah-buahan yang terdapat di Malaysia, strawberi termasuk dalam kelompok yang agak mahal.
Dua tiga tahun lalu, harga puratanya di Cameron Highlands sekitar RM60 hingga RM70 sekilogram. Kalau rajin merayau dan merayap, mungkin boleh terjumpa yang dijual pada harga RM50/kilogram.