Makcik kantin sekolah, lega sekejap..
Iklan
KPM bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022. Foto hiasan
RINTIHAN pengusaha kantin yang dipaparkan oleh Sinar Harian sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada seluruh pengusaha kantin di negara ini.
Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan iaitu pengecualian daripada bayaran sewa selama enam bulan bermula pada Januari tahun ini.