‘Lockdown’ bukan pilihan terbaik
Iklan
Suasana di sekitar kawasan pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kebebasan melakukan pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan sekiranya lockdown kembali dilaksanakan. -Foto Bernama
Majoriti rakyat akui sekatan sebelum ini beri kesan besar kepada ekonomi
SHAH ALAM - Majoriti rakyat bersetuju bahawa sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ bukan pilihan yang terbaik untuk dilaksanakan kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Marzuki Isahak berkata, ia memandangkan Covid-19 sudah tersebar ke seluruh dunia dan bagi mengurangkan impak tersebut, strategi mitigasi dilakukan, yang mana sekatan pergerakan bukan salah satu daripada tindakan intervensi yang terbaik.