Nilai ringgit penentu harga
Iklan
Orang ramai mungkin tidak sedar atau tidak tahu nilai ringgit telah merosot dengan teruk sejak lebih sedekad bermula 2012 dan tidak nampak tanda-tanda pengukuhan yang jelas. - Foto 123rf
NAMPAKNYA juara-juara ekonomi dan korporat yang dilantik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan diterajui UMNO sekarang gagal memperkukuhkan asas ekonomi negara.
Paling membimbangkan tetapi kurang diperkatakan dan difahami adalah kelemahan jangka panjang mata wang ringgit serta kesannya kepada kehidupan harian rakyat.