Hormati paksi perundangan
Iklan
Di Malaysia, selain Wilayah-Wilayah Persekutuan, kuasa membuat undang-undang Islam terletak di bawah kuasa negeri-negeri seperti tercatat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. - Foto 123rf
TERAS kepada sistem perundangan di Malaysia adalah Islam kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kedudukan istimewa kepada Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara 3 menegaskan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan.
Malah, mahkamah juga telah memberi tafsiran kepada Perkara 3 bagi menjelaskan kedudukan Islam itu sendiri.