Tanpa vaksin boleh bolos?
Iklan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata bahawa siasatan awal KKM dapati 122 kes positif Omicron selepas masuk ke Malaysia dengan 14 peratus atau 17 kes tiada vaksinasi. - Foto 123RF
TERPERANJAT betul Awang apabila keluar berita bahawa 17 daripada 122 orang yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu didapati tidak punya rekod vaksinasi Covid-19.
Malah 12 daripada 17 orang adalah mereka yang pulang dari umrah.