Kerajaan disaran semak semula sekatan umrah
Iklan
Wacana Sinar Harian Siri 315 bertajuk ’Sekat Umrah, Antara Logik, Diskriminasi atau Nyawa? -Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM – Malaysia sepatutnya sudah boleh bergerak ke hadapan berbanding negara-negara lain dalam soal untuk keluar daripada pandemik Covid-19.
Pengerusi Volunteers For Community Engagement and Empowerment For Covid-19 (VCEE19), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, data statistik menunjukkan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) yang menurun juga membuktikan tahap imuniti di Malaysia pada tahap yang baik.