Rombak kabinet? Tak tahu, itu hak prerogatif PM
Iklan
Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
- Foto Bernama (Gambar kecil: Shahidan)
SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan berlakunya rombakan Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.
Jelas Ahli Parlimen Arau itu, hal ini kerana bidang kuasa untuk melakukan rombakan kabinet kerajaan Keluarga Malaysia adalah di bawah hak prerogatif Perdana Menteri sendiri.