PPPR bukan panel siasat salah laku penjawat awam
Iklan
SPRM kini menjadi tumpuan ramai berikutan isu peletakan jawatan Terence Gomez yang dikaitkan dengan kegagalan sebarang penyiasatan dilakukan terhadap pegawai organisasi itu. Gambar kecil: Borhan Dolah
SHAH ALAM - Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah menegaskan, panel tersebut bukanlah satu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membincangkan dakwaan salah laku berkaitan individu bergelar penjawat awam.
Katanya, bidang kuasa PPPR lebih kepada jawatankuasa perundingan dan pencegahan berkaitan isu rasuah.