Mangsa banjir kini perlu bantuan wang ringgit
Iklan
Sampah sarap iaitu berangan di dalam rumah yang terhasil setelah banjir mulai surut di Taman Sri Nanding pada Jumaat.
SHAH ALAM - Pakar ekonomi bersetuju mangsa banjir yang kehilangan harta benda dalam sekelip mata kini lebih memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup masing-masing selepas dilanda bencana.
Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, pasca banjir kini mangsa lebih memerlukan wang ringgit untuk bangkit semula.