'Saya selamatkan aset Selangor daripada tergadai'
Iklan
Kerajaan Selangor pada tahun 2009 membuat keputusan untuk membatalkan projek Canal City di negeri itu.
SHAH ALAM - Selepas sekian lama membisu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akhirnya bersuara mengenai punca sebenar kerajaan negeri dipimpin olehnya membatalkan projek pembinaan Canal City atau Bandar Terusan pada tahun 2009.
Bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menegaskan, beliau terpaksa berbuat demikian untuk menyelematkan aset milik kerajaan negeri Selangor 'terjual' kepada syarikat swasta menerusi perjanjian berat sebelah.