PMO sahkan Tun M sihat, sudah kembali bertugas

Iklan
Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres dan Pameran Antarabangsa Industri Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan meskipun didakwa mengalami sedikit pendarahan hidung, pagi tadi.

Kenyataan itu susulan laporan media mendakwa Dr Mahathir terpaksa dikejarkan ke hospital selepas sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Iklan
Iklan

Terdahulu Dr Mahathir merasmikan Kongres dan Pameran Antarabangsa Industri Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Semasa sidang akhbar Dr Mahathir kelihatan mengesat hidungya.

Iklan

Iklan