Kerajaan perlu laksana projek tebatan
Iklan
Kunci air Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor kini ditutup kembali selepas paras air di Taman Sri Muda Seksyen 25 berada di paras yang selamat. - Foto Bernama
Gambar kecil: Muhammad Azwan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan melaksanakan projek tebatan atau penghadang banjir bagi mengelakkan nilai hartanah merosot di kawasan pernah dilanda bencana.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dari Universiti Teknologi Mara (UITM), Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, apabila berlakunya banjir, persepsi atau sentimen pasaran itu akan menurun sehingga menjejaskan nilai hartanah di kawasan berkenaan.