Nilai hartanah kawasan banjir dijangka menyusut
Iklan
Sampah sarap dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir dikumpulkan oleh penduduk di hadapan rumah semasa tinjauan di Taman Seri Damai Perdana, Kuantan pada Isnin.
SHAH ALAM - Nilai hartanah di kawasan yang dilanda banjir dijangka terkesan, termasuk penurunan nilai sehingga 30 peratus membabitkan hartanah berharga lebih RM500,000 dalam tempoh setahun ke tiga tahun.
Namun, hartanah yang bernilai di bawah RM500,000 dijangka akan menyusut pada kadar minimum.