Bagaimana Terowong SMART selamatkan KL daripada tenggelam?
Iklan
Banjir kilat di Kuala Lumpur biasanya berlaku selama beberapa jam apabila air banjir akan disalurkan melalui Terowong Smart - Foto Ihsan The Star
SHAH ALAM - Sejak mula dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 sehingga kini Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) merupakan instrumen 'penyelamat' Kuala Lumpur dalam mendepani isu banjir besar.
Binaan berharga RM1.9 bilion itu secara asasnya mempunyai dwifungsi iaitu menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik harian di ibu negara ketika waktu puncak.