Banjir beri impak nilai hartanah
Iklan
Kejadian banjir hanya mempunyai kesan sementara dari segi kerosakan fizikal kepada hartanah, tetapi tidak terhadap nilai hartanah tersebut. - Foto Bernama
MEMILIKI rumah kediaman merupakan keperluan asas yang perlu ada bagi setiap keluarga. Selain dijadikan tempat berlindung, hartanah kediaman ini juga boleh dijadikan sebagai aset pelaburan yang bernilai untuk masa hadapan.
Ramai juga yang beranggapan membeli hartanah itu perlu melalui proses jual beli yang agak sukar sehingga ramai yang sanggup menyewa berbanding membeli rumah sendiri.