KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membantu syarikat korporat mengenal pasti kelompangan dalam pelan anti rasuah mereka menjelang penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM pada Jun tahun depan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM akan memberikan latihan dan bimbingan sebagai persiapan untuk syarikat berkenaan menangani masalah rasuah dalam organisasi masing-masing.