Bekas Ketua Polis Selangor meninggal dunia

Iklan
Mohd Shukri

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser hati.

Iklan
Iklan

Katanya, jenazah Allahyarham Mohd Shukri akan dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 8, Shah Alam.

"Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Sultan Salahidin Abdul Aziz Shah pada 19 November (esok) sekitar 9 pagi bagi solat jenazah dan 9.30 pagi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Iklan

Mohd Shukri dilantik sebagai Ketua Polis Selangor pada 9 September 2013 menggantikan Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang bersara ketika itu.

Allahyarham sebelum itu merupakan Ketua Polis Perak.

Iklan