Stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 1 pagi esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit akan melanjutkan waktu perkhidmatan di stesen Light Rail Transit (LRT) Bukit Jalil sehingga pukul 1 pagi sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan tiga laluan bas Rapid Kuala Lumpur (Rapid KL) turut dilanjutkan membabitkan laluan dari stesen LRT Awan Besar ke Batu 3 Jln Klang Lama, TPM via stesen LRT Bukit Jalil serta (T582) LRT Salak Selatan via Bukit Jalil.