GPS tak bercadang timbang semula sertai BN
Iklan
Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak bercadang mempertimbangkan semula untuk kembali menyertai Barisan Nasional (BN), walaupun parti itu berjaya menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB,) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau secara peribadi melihat ada hikmahnya PBB dan tiga parti Sarawak lain keluar daripada BN dan bergerak menubuhkan GPS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Iklan
Iklan
"Ketika dalam sana (BN), nak berkokok pun tidak boleh, sekarang kita (PBB dan parti GPS lain) berkokok sendiri, dia orang (parti lain) terpaksa mendengar kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara TEDx Kenyalang 2019, di sini hari ini.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan selepas calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang PRK berkenaan dengan majoriti 15,086, dalam pertandingan enam penjuru.
Iklan
Iklan
Jeck Seng memperoleh 25,466 undi, manakala calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (10,380); calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam (1,707); calon Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850 undi) dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan"><meta itemprop="description" content="UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-18T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dWmcs1gW-i10z30aQ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P100S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xayo88m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xayo88m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xayo88m"></script>