Karnival Informasi Pendidikan Iklanika seluruh Malaysia

Iklan
Pengunjung mendengar penerangan daripada pempamer yang mengambil bahagian pada Karnival Informasi Pendidikan Iklanika di Kuala Lumpur semalam.

LEBIH 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Informasi Pendidikan Iklanika yang akan berlangsung selama setahun bermula semalam sehingga April 2020.

Pengerusi Eksekutif Iklanika Sdn Bhd, Abd Karim Mohamad berkata, pihaknya juga menyasarkan kira-kira 100 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS akan mengambil bahagian pada karnival itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siri jelajah karnival tersebut di seluruh Malaysia pada Mac dan April 2020 akan bermula di Alor Setar, Kedah sehingga Sabah dan Sarawak.

"Ini kerana ramai dalam kalangan mereka tidak menyedari pelbagai peluang pendidikan yang telah tersedia untuk mereka disebabkan kurangnya pendedahan,” katanya pada perasmian karnival berkenaan di ibu negara semalam.

Iklan

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Najib Ab Rahman.

Mengulas lanjut, Abd Karim berkata, majlis perasmian semalam adalah edisi pengenalan sebelum ia dilaksanakan secara besar-besaran pada tahun depan.

Iklan

Menurutnya, dengan adanya pendedahan secara langsung daripada wakil industri, ia dapat membantu mereka berkongsi mengenai proses permohonan, kursus yang ditawarkan, bantuan pendidikan dan kehidupan di kampus serta menjawab soalan yang berkaitan.

Pada sesi pengenalan itu, sebanyak 18 pempamer dan 26 reruai daripada IPTA dan IPTS mengambil bahagian.

Abd Karim (depan, dua dari kanan) bergambar bersama pempamer dan pengunjung Karnival Informasi Pendidikan Iklanika di Kuala Lumpur semalam.