Rangka warga emas Portugis ditemukan dalam semak
Iklan
MELAKA - Rangka dipercayai lelaki warga emas Portugis yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lepas ditemukan di kawasan semak di Taman Kampung Atap, Bandar Hilir di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, rangka disyaki milik Gregory De Roche, 85, dari Kampung Portugis itu dijumpai anggota ask Force Bandar Hilir bersama waris mangsa dan bomba kira-kira jam 3.50 petang.
Iklan
Iklan
"Terdapat dompet, baju dan seutas rantai perak disyaki milik mangsa berdekatan dengan tengkorak tersebut yang mana waris mangsa turut mengesahkan bahawa barangan tersebut adalah milik OH (orang hilang) yang dimaklumkan mempunyai sakit alzheimer - pelupa atau nyanyuk.
"Berdasarkan laporan OH dan harta berharga masih dalam milikan si mati, penemuan ini disyaki ada kaitan dengan kes OH yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 3 November lepas namun siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan rangka dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk siasatan lanjut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>