Pelakon suara watak Aki, animasi Pada Zaman Dahulu meninggal dunia

Iklan
Allahyarham dikenali menerusi watak Aki dalam animasi Pada Zaman Dahulu. - FOTO: Les' Copaque Production Sdn Bhd
PELAKON suara karya animasi, Datuk Alias Lazan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang, pada pagi Jumaat.

Allahyarham sebelum ini cukup dikenali menerusi watak Aki menerusi animasi Pada Zaman Dahulu. Watak tersebut popular dalam kalangan kanak-kanak kerana Aki menerusi karya tersebut suka suka berkongsi kisah teladan bersama cucu-cucunya.

Selain itu, Allahyarham juga turut menyumbangkan suaranya untuk watak Pak Mail dalam filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula.

Iklan
Iklan

Berita tersebut dikongsi Les' Copaque Production Sdn Bhd menerusi laman Facebook rasmi mereka.

"Pagi tadi (Jumaat) kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.

Iklan
Iklan

"Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.