Kandungan Netflix perlu ditapis
Iklan
Netflix
KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mengawal isi kandungan program yang disiarkan menerusi platform penstriman, Netflix.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, Finas memandang serius perkara itu kerana Netflix menjadi penyumbang utama hiburan tanpa ditapis dan memberi kesan terhadap masa depan generasi akan datang.
Iklan
Iklan
"Walaupun penapisannya bukan di bawah bidang kuasa Finas tetapi kita serius mengenai hal ini kerana kandungannya boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau.
"Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera, Kuala Lumpur hari ini.
Iklan
Hadir sama Yang Dipertua, NCWO, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Ahmad Idham berkata, beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tetapi tiada sebarang tindakan susulan mengenainya.
Iklan
Sehubungan itu katanya, akan bekerjasama dengan NCWO untuk menganjurkan seminar dan kempen bagi memberi kesedaran mengenai perkara itu dengan membabitkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ahmad Idham berkata, Finas juga akan melihat isi kandungan program televisyen dan filem keluaran tempatan supaya menerapkan lebih banyak nilai murni dan kekeluargaan.
Seminar Keluarga Sejahtera dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>