Guru sebar kenyataan antikerajaan dipenjara 11 tahun

Iklan
Gambar hiasan.

HANOI - Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun kepada seorang guru muzik susulan beberapa perkongsiannya di Facebook yang disifatkan sebagai antikerajaan.

Nguyen Nang Tinh, 43, didakwa membuat dan menyebarkan maklumat serta bahan antikerajaan ketika perbicaraan satu hari di Mahkamah Rakyat di wilayah Nghe An.

Iklan
Iklan

"Pada perbicaraan tersebut, Nang Tinh menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar kerana akaun Facebook itu bukan miliknya.

"Pendakwa berpendapat pengguna Facebook bernama Nguyen Nang Tinh dan anak guam saya Nguyen Nang Tinh adalah orang yang sama," menurut peguam, Nguyen Van.

Iklan

Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Nang Tinh yang mengajar muzik di sebuah kolej di wilayah itu ditahan Mei lalu selepas didapati menulis dan berkongsi rakaman antikerajaan di akaun Facebooknya.

Nang Tinh akan ditempatkan di bawah tahanan rumah selama lima tahun selepas menjalani hukuman penjara. - Agensi

Iklan