Elak buat sebarang provokasi: MB Johor

Iklan
Dr Sahruddin (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengamal media ketika melawat Pusat Media PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini. - Foto: Bernama

PONTIAN - Penyokong parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dinasihatkan agar mengelakkan provokasi yang boleh menimbulkan konflik ketika hari pengundian hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penyokong turut mempunyai tanggungjawab bersama dalam memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Bagi penyokong tempatan atau pun dari luar, elakkan provokasi yang boleh menyebabkan konflik sesama parti.

"Malaysia adalah negara demokrasi, jadi masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Media PRK Parlimen Tanjung Piai di sini hari ini.

Iklan

Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir berkempen, beliau juga berharap agar kesemua parti dan calon dapat menggunakan masa yang ada ini untuk bekerja semaksimum mungkin serta berjumpa dengan penduduk.

Ditanya mengenai persediaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang berkempen, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Jentera PRK Tanjung Piai berkata, beliau sangat berpuas hati dengan gerak kerja parti.

Iklan

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan kesemua penduduk di Tanjung Piai untuk keluar mengundi awal hari ini dan memenuhi tanggungjawab masing-masing untuk menentukan wakil rakyat baharu. - Bernama